Dah sebulan rupanya blog ini tidak di update..tanpa apa-apa post baru..kesibukan kerja dan aktiviti peribadi lain mengekang penulisan post baru nampaknya..kadang-kadang kesibukan itu wujud dek ciptaan sendiri. Masa yang ada tidak dimanafaatkan sepenuhnya sebagaimana sepatutnya.
Yang pasti trend dan amalan last minit buat kerja menjadi penyebab utama..amalan semasa belajar amsih berlarutan..kalau dulu study last minit bila nak exam sampai tak tidur..sekarang pula buat kerja last minit..lebih-lebih lagi bila bab hujahan..
Sebut bab masa ni memang kita takkan rasa ia cukup...tapi itu dalam konteks kerja rasanya..alngkah eloknya kalau rasa ketidakcukupan itu adalah dalam konteks untuk beribadat padanya..tentu kita sentiasa berusaha perbanyakkannya kerana terasa dah tiada lagi masa untuk kita beribadat padanya.Tapi yang berlaku biasanya kita anggap masih panjang dan banyak masa ada untuk itu.Kita selalunya lewatkan ibadat,i.e solat, utamakan kerja, lewatkan bayar zakat pendapatan..(kadang-kadang buat lupa), berjemaah payah sekali,mendengar kuliah agama jarang sangat. Betapa lalainya kita kan.. Sedekah,cukup kita berkira tp untuk berhibur mudah mengalir fulus keluar. Bersesak di konsert dan perlawanan bolasepak sanggup kita hadapi dan rempuhi,tapi berebut saf hadapan jauh sekali.
Peringatan kepentingan masa ini jelas dari awal lagi dinyatakanNYA..melalui surah Al-asr..tapi sejauh mana ya kita amati,fahami dan amalkan pengajaran surah ini?jauh..jauh..memang sangat jauh daripada pengamalan sepatutnya..masa kita habiskan dengan lepak, borak kosong, dam aji, karaoke,gossip...etc..jarang sangat kita penuhi sebagaimana anjuran surah Al-asr..iaitu dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Dengan peredaran masa berlaku perubahan, yang muda kepada tua,hidup kepada mati, ada kepada hilang, tiada kepada wujud..semuanya bertujuan, berhikmah..untuk kita fikirkan dan renungkan dengan ilmu berpandukan landasan keagamaan,bukan semata ditunjangi logik akal. Setelah bertahun lamanya masa berlalu juga maka kemudahan infrastruktuk di kampungku mula di sempurnakan..jalan berturap bukan lagi berbatu..alhamdulillah, Kau buka jua hati dan fikiran pihak bertanggungjawabuntuk menyempurnakannya... Semuanya kerana MU..Ya Rabbi..