Sekadar pandangan dan cetusan hati seorang anak kampung yang naif...

Isnin, 25 Februari 2013

PERJALANAN

2013...telah 34 tahun lebih diri ini diberi kesempatan untuk menyedut udara segar milikNya... menikmati keindahan alam ciptaanNya... melayari kehidupan di bumiNya berteduhkan langitNya yang tak bertiang.. sudah lama rupanya perjalanan kehidupan ini berlalu..dan akan terus bergerak selagi tidak di utusnya Izrail.

Namun... betapa singkatnya terasa 34 tahun itu berlalu... daripada kehidupan ditanggung ayahbonda..sendirian...sehingga bertiga..menanggung amanahNya.. Jua terfikir apakah dalam tempoh itu telah dilaksanakan kehendakNya..dijauhikah laranganNya... Tiada guna hanya berfikir tanpa bertindak..sedar tapi tidak bereaksi mengubah ke arah lebih baik.. sedetik jua kesedaran mendatang sekilas laju dihilangkan kealpaan diri.. begini lemahnya hambaMu yang kerdil ini..

Semoga diberi ruang dan peluang untuk bertindak ke arah lebih baik.. dalam kehidupan peribadi..jua kerjaya pilihan hati..

Sabtu, 6 November 2010

Pengalaman

04/11/2010 suatu tarikh yang telah memberi banyak makna tersendiri dalam menambah pengalaman kepada diary kehidupan diri ini. Bagi sahabat2 yang lain mungkin ia satu lumrah atas sebab rutin mereka berjiwa pejuang.
Bersama 4 sahabat yang lain berpeluang mengikuti perjalanan PRK Galas khususnya Petiundi Kampung Baru. Petiundi yang di jaga oleh jentera dari daerah Kuala Krai dari kedua-dua pihak. Bermakna perlu menghadapai dua pihak berlainan ideologi yang telah dikenali dan yang biasa berurusan sebelum ini. Namun keadaan ini lebih meletakkan dalam dilema daripada kemudahan untuk berkerja.
Alhamdulillah, semua lancar, wlpn hasil tidak sebagaimana diimpikan. Sedikit insiden kecil membuka peluang untuk lebih memahami dan menyumbang sedikit tenaga dan buah fikiran.
Sabtu sebelumnya juga telah diamanahkan dengan suatu tugasan yang tidak pernah di bayangkan sebelum ini. Dek ketiadaan sahabat2 yang lebih arif terpaksa bersama 2 yang lain menggagahkan diri ke IPDGM. Mencuba yang termampu dengan ilmu yang sedikit dan pengalaman yang cetek.
 

Ahad, 11 Julai 2010

Penantian

          Penantian suatu penyeksaan..frasa yang biasa dan selalu di dengar, di gunakan dan disebut. Lebih lagi bagi pasangan yang bercinta, yang berjauhan, yang menanti dan yang mengharap. Namun penantian juga akan mengajar erti suatu kesabaran yang mana kesabaran itu separuh daripada keimanan.. Hanya yang beriman mampu bersabar dalam erti kata kesabaran sebenar. Bersabar tanpa menyalahkan sesiapa apabila penantian itu tak kunjung tiba, tidak membuahkan penghasilan yang diharapkan.
Penantian juga mengajar erti menghargai..menghargai apa yang ada, apa yang sedang dinikmati, apa yang dimiliki andaikata yang di nanti, di tunggu tak kesampaian.Namun mampukah semua ini di implementasikan dalam kehidupan harian, penantian dengan penuh kesabaran sambil menghargai yang sedia ada?
Paling mudah bila di jalan raya..apabila menunggu lampu isyarat bertukar hijau tidak pernah ke terbit dari bibir kalimah yang menggambarkan ketiadaan sabar?kalimah yang menunjukkan pengejaran tanpa menghargai telah sampai distu...begitu lemahnya kita insan untuk mengawal diri..
Apakah mungkin mampu untuk kita kawal dan bimbing tanggungang kita dan amanah yang lain jika diri sendiri gagal untuk di kawal dan dibimbing dengan kesabaran menanti?? Jika tidak mengapa perlu kita berebut amanah itu?Melainkan kelihatan pada kita itu adalah "Ghonimah"...

Rabu, 19 Mei 2010

Kekangan..

Dah begitu lama blog ini tidak dicatat apa-apa. Kadang-kadang nak sangat tulis sesuatu tapi masa menghalang..bila masanya terluang tiada idea pula yang timbul..terlampau banyak kekangan yang timbul..tapi betulkah ia kekangan?atau sekadar alasan melepaskan diri?Tak bolehkah kekangan ini diselesaikan?
Kata pepatah melayu "kalau hendak seribu daya,kalau tak mahu seribu dalih". Memang betul pepatah itu. Tepat dan tidak boleh dinafikan. Kalau orang lain boleh buat dan atasi kekangan ini kenapa tidak kita? Apakah orang lain itu punya kelebihan/miracle?Apakah kita naif dan lemah?
 Tentu sekali tidak..maybe orang lain itu atasi kekangan dengan usaha..tapi kita belai kekangan dengan kemalasan. Namun jangan pula aplikasikan "matlamah menghalalkan cara" semata-mata untuk mengatasi kekangan tersebut. Jauhi jua penyalahgunaan kuasa, pengaruh, kewangan, kedudukan yang semuanya sementara itu untuk mengatasi kekangan.
Maybe kita dapat atasi kekangan dengan pelbagai cara pelbagai daya,bermacam usaha dan ikhtiar. Dalam mengharungi arus mengatasi kekangan itu jangan pula ada yang teraniaya dan di zalimi. Hendaknya tiada yang jadi mangsa untuk kita mencapai target dan tujuan matlamat kita. Semoga tidak timbul ayat "nasibla dia...nak buat macamana.."
Kuasa,kedudukan dan pengaruh memang mampu menghancurkan kekangan untuk diri sendiri mahupun kelancaran kaum kerabat anak beranak puak-pauk..namun kekal lama kah benda itu? Bersama kita lagikah golongan yang bergantung tadi bila Kuasa,kedudukan dan pengaruh kita hilang? Apakah yang teraniaya oleh kita samada secara sedar atau tidak tadi akan menghulurkan tangan membantu kita semasa kejatuhan itu?jika ya, memang dia insan mulia..dia sebenarnya yang berjaya mengatasi KEKANGAN dek kezaliman dan kegilaan kita..

Isnin, 29 Mac 2010

MASA..


Dah sebulan rupanya blog ini tidak di update..tanpa apa-apa post baru..kesibukan kerja dan aktiviti peribadi lain mengekang penulisan post baru nampaknya..kadang-kadang kesibukan itu wujud dek ciptaan sendiri. Masa yang ada tidak dimanafaatkan sepenuhnya sebagaimana sepatutnya.
Yang pasti trend dan amalan last minit buat kerja menjadi penyebab utama..amalan semasa belajar amsih berlarutan..kalau dulu study last minit bila nak exam sampai tak tidur..sekarang pula buat kerja last minit..lebih-lebih lagi bila bab hujahan..
Sebut bab masa ni memang kita takkan rasa ia cukup...tapi itu dalam konteks kerja rasanya..alngkah eloknya kalau rasa ketidakcukupan itu adalah dalam konteks untuk beribadat padanya..tentu kita sentiasa berusaha perbanyakkannya kerana terasa dah tiada lagi masa untuk kita beribadat padanya.Tapi yang berlaku biasanya kita anggap masih panjang dan banyak masa ada untuk itu.Kita selalunya lewatkan ibadat,i.e solat, utamakan kerja, lewatkan bayar zakat pendapatan..(kadang-kadang buat lupa), berjemaah payah sekali,mendengar kuliah agama jarang sangat. Betapa lalainya kita kan.. Sedekah,cukup kita berkira tp untuk berhibur mudah mengalir fulus keluar. Bersesak di konsert dan perlawanan bolasepak sanggup kita hadapi dan rempuhi,tapi berebut saf hadapan jauh sekali.
Peringatan kepentingan masa ini jelas dari awal lagi dinyatakanNYA..melalui surah Al-asr..tapi sejauh mana ya kita amati,fahami dan amalkan pengajaran surah ini?jauh..jauh..memang sangat jauh daripada pengamalan sepatutnya..masa kita habiskan dengan lepak, borak kosong, dam aji, karaoke,gossip...etc..jarang sangat kita penuhi sebagaimana anjuran surah Al-asr..iaitu dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Dengan peredaran masa berlaku perubahan, yang muda kepada tua,hidup kepada mati, ada kepada hilang, tiada kepada wujud..semuanya bertujuan, berhikmah..untuk kita fikirkan dan renungkan dengan ilmu berpandukan landasan keagamaan,bukan semata ditunjangi logik akal. Setelah bertahun lamanya masa berlalu juga maka kemudahan infrastruktuk di kampungku mula di sempurnakan..jalan berturap bukan lagi berbatu..alhamdulillah, Kau buka jua hati dan fikiran pihak bertanggungjawabuntuk menyempurnakannya... Semuanya kerana MU..Ya Rabbi..