Dah begitu lama blog ini tidak dicatat apa-apa. Kadang-kadang nak sangat tulis sesuatu tapi masa menghalang..bila masanya terluang tiada idea pula yang timbul..terlampau banyak kekangan yang timbul..tapi betulkah ia kekangan?atau sekadar alasan melepaskan diri?Tak bolehkah kekangan ini diselesaikan?
Kata pepatah melayu "kalau hendak seribu daya,kalau tak mahu seribu dalih". Memang betul pepatah itu. Tepat dan tidak boleh dinafikan. Kalau orang lain boleh buat dan atasi kekangan ini kenapa tidak kita? Apakah orang lain itu punya kelebihan/miracle?Apakah kita naif dan lemah?
Tentu sekali tidak..maybe orang lain itu atasi kekangan dengan usaha..tapi kita belai kekangan dengan kemalasan. Namun jangan pula aplikasikan "matlamah menghalalkan cara" semata-mata untuk mengatasi kekangan tersebut. Jauhi jua penyalahgunaan kuasa, pengaruh, kewangan, kedudukan yang semuanya sementara itu untuk mengatasi kekangan.
Maybe kita dapat atasi kekangan dengan pelbagai cara pelbagai daya,bermacam usaha dan ikhtiar. Dalam mengharungi arus mengatasi kekangan itu jangan pula ada yang teraniaya dan di zalimi. Hendaknya tiada yang jadi mangsa untuk kita mencapai target dan tujuan matlamat kita. Semoga tidak timbul ayat "nasibla dia...nak buat macamana.."
Kuasa,kedudukan dan pengaruh memang mampu menghancurkan kekangan untuk diri sendiri mahupun kelancaran kaum kerabat anak beranak puak-pauk..namun kekal lama kah benda itu? Bersama kita lagikah golongan yang bergantung tadi bila Kuasa,kedudukan dan pengaruh kita hilang? Apakah yang teraniaya oleh kita samada secara sedar atau tidak tadi akan menghulurkan tangan membantu kita semasa kejatuhan itu?jika ya, memang dia insan mulia..dia sebenarnya yang berjaya mengatasi KEKANGAN dek kezaliman dan kegilaan kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan