Sekadar pandangan dan cetusan hati seorang anak kampung yang naif...

Selasa, 29 Disember 2009

Assyura..9 Muharam 1431



Dek kekangan masa maka majlis yang biasanya slpas 10 Muharam di awalkan..Janji dapat buat walau pun sedikit..kongsi sedikit sebanyak rezeki yang diberiNya dengan sanak sedara, jiran tetangga, kaum kerabat dan rakan taulan..


Pusingan awal masih mampu dikawal dengan dayungan solo..yang memerhati pun ramai lagi..


 masih lagi di pusingan awal..namun telah bersiap siaga utk dayungan berkembar


bermula dayungan berduet oleh serikandi import... penuh bersemangat


peringkat akhir yang memenatkan dan dayungan yang memerlukan tenaga tambahan bagi mengelakkan "kerak" di dasar kawah..


  
 
  letusan-letusan kecil "gunung berapi" mula timbul..kesilapan strategi dan pengawasan boleh mengakibatkan malapetaka pada kaki-kaki comel mulus..


operasi pembungkusana dan penyusun aturan sebelum pembahagian dilakukan..

sedia untuk diedarkan..utk dinikmati..utk di rasai bersama rezeki kurniannNya


Rabu, 23 Disember 2009

4 tahun dah..

Alhamdulillah..segala syukur kepadaNya..mampu juga Wan Afendi & Co..sebuah firma kecil di bandar kecil ini bertahan sehingga 4 tahun.. sekejap terasa masa berlalu rupanya dah 4 tahun rezeki di jana dan didatangkanNya melalui operasi Wafdico ini..
Secara rasmi dengan Bar Council, Wafdico bermula pada 20/11/2005.. operasi ofis hanya bermula dengan tertib pada 1/12/2005. Nampaknya Disember 2009 ni maknanya dan 4 tahun. Bersempena dengan MaalHijrah 1431 harapnya rezeki yang halal dan diberkatiNya terus dilimpahkan.
Detik awal untuk mengoperasikan Wafdico terasa cuak juga samada boleh berjaya dan mampu bertahan..tambahan pula berada di kawasan bandar kecil. Namun melihat kepada usaha awal kawan-kawan beroperasi di KB dan TM membuatkan semangat bertambah dan yakin dengan izinNya pasti mampu juga.Tanpa memilih kes yang mendatang pasti di sahut awalnya. Kini mula memilih yang benar-benar suka dan minat untuk di handle, yang tiada kemampuan maka passing kepada yang lebih otai.
Bila dikira balik tempoh beramal, nampaknya dah nak mencecah tahap senior (7 tahun). Bulan April 2010 nanti mencapailah akan usia itu. Namun ilmu terasa makin kurang, banyak lagi yang tidak diketahui dan difahami selok belok ilmu undang-undang dunia ini. Kadang-kadang jadi malu dengan diri sendiri pula..
Apa pun yang mendatang itu pasti ada ilmu baru padanya..

Syukur amat sangat dengan operasi Wafdico yang banyak memberi ruang kepada kehidupan sendiri..sendiri atur sendiri nikmati..

Rabu, 9 Disember 2009

PANAS


Alhamdulillah..mentari menyinar cerah,tanda-tanda kedatangan hujan tidak kelihatan lagi di musim yang sepatutnya hujan sentiasa menemani kehidupan di bumi Kelantan bertuah ini. Dugaan dan ujian banjir akibat daripada hujan telah dikurangkanNYA..maka berkelanalah kehidupan seharian kita dalam suasana serba senang dan selesa..
Sinaran sang suria membawa kepanasan dan kekeringan..disukai oleh sang penoreh kerana aktiviti ekonomi yang biasa terbantut di bulan Disember dapat di teruskan..
PANAS..bukan sekadar cuaca..panas juga keadaan setempat,keadaan negeri dan juga negara..nampaknya pelbagai isu berlegar yang memanaskan senario sosial, ekonomi dan yang utama politik..setempat mahupun nasional sekarang ini. Ada yang disulami emosi, lantas mengetepikan rasional..apatah lagi ilmu dalam perbincangan isu yang PANAS  itu.. Semua ingin bercakap, semua melontarkan pandangan, semua meluahkan idea dan gagasan..semua kelihatan hebat,kelihatan hero dan kelihatan wira yang memimpin dengan ampuh dari apa jua serangan..
Maka berPANAS lah idea dan perbincangan itu walaupun daripada kapal yang sama. Apa yang jelas tiada satu pun mengakui kelemahan dan kekurangan diri. Semua dia yang betul, yang tua tidak lagi di hormati pandangan, yang muda tidak lagi dibimbing dengan kasih sayang.Maka berlakulah cantas,kerat dan potong...
Namun amat melucukan kadang-kadang bila idea,hujahan dan bahasan itu di dasrkan pada emosi tanpa meletakkan ilmu dan fakta..apatah lagi dasar keagamaan. Lebih-lebih lagi bila bahasan pada isu agama,hukum hakam dan akidah juga minat di dokong oleh yang dangkal ilmu agamanya..yang nak memimpin solat jemaah pun tak mampu, yang nak mengarahkan ahli keluarga mengikut dengan patuh hukum agama pun tak berkuasa (i.e: kewajipana tutup aurat).
Cukup bahaya..nanti kePANASan ini berkekalan hingga liang lahad..nau'zubillah.. biarlah yang 'alim memimpin yang jahil ikutlah pimpinan keagamaan..nescaya kesalamatanlah dunia akhirat..

Rabu, 25 November 2009

Hujan...banjir

Alhamdulillah..nampaknya mentari telah menunjukkan sinarnya dengan cerah sekali pagi ini. Harapnya ia terus berkekalan sehingga selesai umat muslimin muslimat dan mukminin serta mukminat melaksanakan ibadah korban sempena Idil Adha 1430. Kehadiran sinaran mentari ini hendaklah kiranay dapat mempercepatkan surutnya air banjir di kawasan yang di landa..kawasan yang di uji olehNya..
Semasa meninggalkan bumi bertuah Kelantan nan indah 18/11/2009 dulu ia telah mula menerima titisan hujan. Beberapa hari di bumi Kuala Lumpur, berita diterima menyatakan kampung halaman mula di landa musibah banjir..jalan perhubungan utama mula terputus..'camel trophy' bermula bagi penduduk yang tidak bersedia dengan bekalan makanan. Meninggalkan bumi bertuah pada masa itu bukan kerana melarikan diri dari ketidakselesaan di kampung tapi tanggungjawab suami menuntutku bertindak.
Perkembangan banjir di kampung sentiasa di pantau dengan berhubung dengan adik-adik bagi mendapatkan maklumat terkini.
Petang 22/11/2009 mula menjejakkan kami di tanah sungai sok..nampaknya tak dapat menjenguk ayah bonda kerana jambatan utama masih ditenggelami. Nasib ada dah ditinggalkan Perodua Kembara abar ipar untuk digunakan.Toyota Rush nampaknya terpaksa berkurung je di rumah bonda. Dengan Kembara meredah limpahan air di Sungai Durian dan juga berdekatan Puspakom Kuala Krai untuk kembali ke rumah sewa..alhamdulillah dapat sampai dengan selamat..begitu juga rombongan lain yang sama-sama kembali dari KL..selamat sampai ke rumah mertua di Bachok.
Walaupun terputus hubungan masih ada yang datang hulurkan sedikit bantuan untuk penduduk di kampung sg.chong..terima kasih abe uji..ni la YB yang orang kampung nak..tapi ramai juga yang terkilan bila majlis di sempurnakan di rumah ketua cawangan pihak lawan.
Bila musim hujan dan banjir melanda kedaifan penduduk kampung mula kelihatan..ada yang rumahnya bocor dek atap zink yang dah reput,ada yang kesejukan angin bila ia menerjah dari celahan dinding yang robek.. Hendaknya bantuan yang dijanjikan apabila bancian dilakukan oleh Ketua Cawangan dan Timbalannya betul-betul menjadi realiti kali ini.Bukan lagi macam bancian sebelum PRU 12 dahulu.
Tapi peliknya bancian ini bila ia di lakukan dua kali..kali pertama oleh ahli biasa parti dengan penduduk isi borang apa keperluan mereka.Kali kedua penduduk hanya di minta tandatangan borang, borang siap diisi oleh Ketua yang dedikasi..dia lebih tahu keperluan penduduk dari penduduk sendiri. Tapi ke mana hilang borang pertama?mengapa perlu dua kali? Atau mungkin penduduk akan dapat dua kali?alhamdulillah..bimbang sejarah berulang..tak dapat langsung..
Memerhatikan perlakuan di sekeliling memang banyak kepelikan..kadang2 boleh di kagumi,kadang cam satu lawak bodoh di pertontonkan..ada yang alim sanggup menjahilkan diri daripada hukum hakam..lebih-lebih lagi bila DUIT  di depan..
Bila kita kritik marah..kalau kita ampu dan puji selalu..pasti hancur masa depan..tapi best dan nikmat sangat bila di puji..di kritik memang pahit...

Ahad, 15 November 2009

Bosan


Pertengahan bulan pada hujung tahun 2009..dek kerana kebosanan..aku mula mencari sesuatu untuk dilakukan. Sebenarnya banyak yang boleh di lakukan..tapi bila kemalasan kerana ia tidak selari dengan nafsu membuatkan ia tidak kelihatan menarik untuk dilakukan.. Lantas aku mencuba menulis di sini..be a blogger..
Nak surf internet pun dah takde pe nampak menarik..nak baca case law..lagi la malas kalau dah tak "parok" sangat...lepak kedai kopi?ok juga..tapi tanpa membe sekepala lagi bosan..paper sampai kan iklan pun dah baca..chatting, tak best juga bila takde chatter sekepala..semua tak kena..itu yang tindakan sendiri..kalu orang lain punya kerja lagi la mudah nampak tak kena..nampak tak betul..padahal diri sendiri tu dah hampeh...
OK gak kadang2 sedar diri ni..hehehehe..
Dalam boring dan bosan ni ada gak (client) yang datang tapi tak boleh buat lagi..bagi pendapat jela..area bandar kecil ni FOC je la..sebut fee S&P 1% dan nampak telan air liur, kalau caj consultation lari terus ni, cari "nulih tesyen"..murah kan?
Harta tak sempurna lagi pendaftaran perintah pusaka, ada Kaveat Pendaftar (bagi kanak-kanak), ada sekatan kepentingan..punya la banyak nak settle tu..tapi bab fee nampak dah gabra..
Inilah kehidupan puak2 ambo..jung pikir masalah ore..
Petang ni gapo plak akan berlaku yer??? tunggu je la..