Alhamdulillah..mentari menyinar cerah,tanda-tanda kedatangan hujan tidak kelihatan lagi di musim yang sepatutnya hujan sentiasa menemani kehidupan di bumi Kelantan bertuah ini. Dugaan dan ujian banjir akibat daripada hujan telah dikurangkanNYA..maka berkelanalah kehidupan seharian kita dalam suasana serba senang dan selesa..
Sinaran sang suria membawa kepanasan dan kekeringan..disukai oleh sang penoreh kerana aktiviti ekonomi yang biasa terbantut di bulan Disember dapat di teruskan..
PANAS..bukan sekadar cuaca..panas juga keadaan setempat,keadaan negeri dan juga negara..nampaknya pelbagai isu berlegar yang memanaskan senario sosial, ekonomi dan yang utama politik..setempat mahupun nasional sekarang ini. Ada yang disulami emosi, lantas mengetepikan rasional..apatah lagi ilmu dalam perbincangan isu yang PANAS itu.. Semua ingin bercakap, semua melontarkan pandangan, semua meluahkan idea dan gagasan..semua kelihatan hebat,kelihatan hero dan kelihatan wira yang memimpin dengan ampuh dari apa jua serangan..
Maka berPANAS lah idea dan perbincangan itu walaupun daripada kapal yang sama. Apa yang jelas tiada satu pun mengakui kelemahan dan kekurangan diri. Semua dia yang betul, yang tua tidak lagi di hormati pandangan, yang muda tidak lagi dibimbing dengan kasih sayang.Maka berlakulah cantas,kerat dan potong...
Namun amat melucukan kadang-kadang bila idea,hujahan dan bahasan itu di dasrkan pada emosi tanpa meletakkan ilmu dan fakta..apatah lagi dasar keagamaan. Lebih-lebih lagi bila bahasan pada isu agama,hukum hakam dan akidah juga minat di dokong oleh yang dangkal ilmu agamanya..yang nak memimpin solat jemaah pun tak mampu, yang nak mengarahkan ahli keluarga mengikut dengan patuh hukum agama pun tak berkuasa (i.e: kewajipana tutup aurat).
Cukup bahaya..nanti kePANASan ini berkekalan hingga liang lahad..nau'zubillah.. biarlah yang 'alim memimpin yang jahil ikutlah pimpinan keagamaan..nescaya kesalamatanlah dunia akhirat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan