Sekadar pandangan dan cetusan hati seorang anak kampung yang naif...

Selasa, 29 Disember 2009

Assyura..9 Muharam 1431



Dek kekangan masa maka majlis yang biasanya slpas 10 Muharam di awalkan..Janji dapat buat walau pun sedikit..kongsi sedikit sebanyak rezeki yang diberiNya dengan sanak sedara, jiran tetangga, kaum kerabat dan rakan taulan..


Pusingan awal masih mampu dikawal dengan dayungan solo..yang memerhati pun ramai lagi..


 masih lagi di pusingan awal..namun telah bersiap siaga utk dayungan berkembar


bermula dayungan berduet oleh serikandi import... penuh bersemangat


peringkat akhir yang memenatkan dan dayungan yang memerlukan tenaga tambahan bagi mengelakkan "kerak" di dasar kawah..


  
 
  letusan-letusan kecil "gunung berapi" mula timbul..kesilapan strategi dan pengawasan boleh mengakibatkan malapetaka pada kaki-kaki comel mulus..


operasi pembungkusana dan penyusun aturan sebelum pembahagian dilakukan..

sedia untuk diedarkan..utk dinikmati..utk di rasai bersama rezeki kurniannNya


Rabu, 23 Disember 2009

4 tahun dah..

Alhamdulillah..segala syukur kepadaNya..mampu juga Wan Afendi & Co..sebuah firma kecil di bandar kecil ini bertahan sehingga 4 tahun.. sekejap terasa masa berlalu rupanya dah 4 tahun rezeki di jana dan didatangkanNya melalui operasi Wafdico ini..
Secara rasmi dengan Bar Council, Wafdico bermula pada 20/11/2005.. operasi ofis hanya bermula dengan tertib pada 1/12/2005. Nampaknya Disember 2009 ni maknanya dan 4 tahun. Bersempena dengan MaalHijrah 1431 harapnya rezeki yang halal dan diberkatiNya terus dilimpahkan.
Detik awal untuk mengoperasikan Wafdico terasa cuak juga samada boleh berjaya dan mampu bertahan..tambahan pula berada di kawasan bandar kecil. Namun melihat kepada usaha awal kawan-kawan beroperasi di KB dan TM membuatkan semangat bertambah dan yakin dengan izinNya pasti mampu juga.Tanpa memilih kes yang mendatang pasti di sahut awalnya. Kini mula memilih yang benar-benar suka dan minat untuk di handle, yang tiada kemampuan maka passing kepada yang lebih otai.
Bila dikira balik tempoh beramal, nampaknya dah nak mencecah tahap senior (7 tahun). Bulan April 2010 nanti mencapailah akan usia itu. Namun ilmu terasa makin kurang, banyak lagi yang tidak diketahui dan difahami selok belok ilmu undang-undang dunia ini. Kadang-kadang jadi malu dengan diri sendiri pula..
Apa pun yang mendatang itu pasti ada ilmu baru padanya..

Syukur amat sangat dengan operasi Wafdico yang banyak memberi ruang kepada kehidupan sendiri..sendiri atur sendiri nikmati..

Rabu, 9 Disember 2009

PANAS


Alhamdulillah..mentari menyinar cerah,tanda-tanda kedatangan hujan tidak kelihatan lagi di musim yang sepatutnya hujan sentiasa menemani kehidupan di bumi Kelantan bertuah ini. Dugaan dan ujian banjir akibat daripada hujan telah dikurangkanNYA..maka berkelanalah kehidupan seharian kita dalam suasana serba senang dan selesa..
Sinaran sang suria membawa kepanasan dan kekeringan..disukai oleh sang penoreh kerana aktiviti ekonomi yang biasa terbantut di bulan Disember dapat di teruskan..
PANAS..bukan sekadar cuaca..panas juga keadaan setempat,keadaan negeri dan juga negara..nampaknya pelbagai isu berlegar yang memanaskan senario sosial, ekonomi dan yang utama politik..setempat mahupun nasional sekarang ini. Ada yang disulami emosi, lantas mengetepikan rasional..apatah lagi ilmu dalam perbincangan isu yang PANAS  itu.. Semua ingin bercakap, semua melontarkan pandangan, semua meluahkan idea dan gagasan..semua kelihatan hebat,kelihatan hero dan kelihatan wira yang memimpin dengan ampuh dari apa jua serangan..
Maka berPANAS lah idea dan perbincangan itu walaupun daripada kapal yang sama. Apa yang jelas tiada satu pun mengakui kelemahan dan kekurangan diri. Semua dia yang betul, yang tua tidak lagi di hormati pandangan, yang muda tidak lagi dibimbing dengan kasih sayang.Maka berlakulah cantas,kerat dan potong...
Namun amat melucukan kadang-kadang bila idea,hujahan dan bahasan itu di dasrkan pada emosi tanpa meletakkan ilmu dan fakta..apatah lagi dasar keagamaan. Lebih-lebih lagi bila bahasan pada isu agama,hukum hakam dan akidah juga minat di dokong oleh yang dangkal ilmu agamanya..yang nak memimpin solat jemaah pun tak mampu, yang nak mengarahkan ahli keluarga mengikut dengan patuh hukum agama pun tak berkuasa (i.e: kewajipana tutup aurat).
Cukup bahaya..nanti kePANASan ini berkekalan hingga liang lahad..nau'zubillah.. biarlah yang 'alim memimpin yang jahil ikutlah pimpinan keagamaan..nescaya kesalamatanlah dunia akhirat..