Sekadar pandangan dan cetusan hati seorang anak kampung yang naif...

Rabu, 20 Januari 2010

Kepentingan Awam vs. Kepentingan Peribadi




Asasnya, dalam apa-apa keadaan, kepentingan awam pasti akan diletakkan pada keutamaan berbanding dengan kepentingan peribadi. Secara am kepentingan peribadi tidak boleh di dahulukan daripada kepentingan awam. Walau bagaimanapun, setiap general rule pasti ada pengecualiannnya. Pastinya pengecualian itu hanya akan wujud dalam kes dan keadaan yang sangat istimewa, melainkan wujud anasir-anasir tidak sihat atau campur tangan yang lebih berkuasa.YANG PASTI IA TIDAK MUSTAHIL..maka pelbagai justifikasi akan digunakan untuk menghalalkannya.
Namun begitu kadang-kadang ada keadaan yang mana sesuatu keputusan yang dilakukan kelihatan lebih memberi keutamaan kepada kepentingan peribadi, tetapi kajian mendalam dengan fikiran terbuka akan memperlihatkan bahawa ia sebenarnya telah mengambilkira kepentingan awam.
Dalam konteks untuk menjatuhkan hukuman oleh mahkamah, antara garis panduan yang perlu di ambil kira adalah untuk menjaga kepetingan awam dan meletakkannya mengatasi kepentingan peribadi OKT/OKS. Situasi ini secara amnya akan ditunjukkan dengan menjatuhkan hukuman yang berat atau kelihatan berat. i.e Mengenakan hukuman Penjara bagi kes yang ada pilihan untuk mengenakan Denda atau bon berkelakuan baik (S294 &S173A KAJ). Apakah pengenaan hukuman yang ringan akan menunjukkan bahawa jenayah tidak cuba di atasi dan OKT/OKS lebih di utamakan daripada awam?
Apakah ia juga satu kepentingan awam untuk menyebabkan sesuatu kes berlarutan dengan pelbagai kos di tanggung kerajaan? Apakah ia juga satu kepentingan awam untuk memenuhkan penjara dengan banduan yang mana kos makan dan sebagainya bagi banduan itu juga di tanggung oleh kerajaan? Apakah hanya pemenjaraan yang boleh mengubah OKT/OKS? Pengubahan peribadi OKT adalah tujuan utama hukuman. Dari manakah dana untuk segala tanggungan kerajaan tersebut? Bukankah daripada orang awam yang membayar serba maknika cukai?
Alangkah baiknya jika kos-kos itu cuba dijauhkan agar ia boleh digunakan untuk pembangunan bagi dinikmati pembayar cukai. Analisa mudah, daripada memenjarakan OKT, kenapa tidak di kenakan denda yang tinggi? Denda itu yang menjadi hasil dana kerajaan yang boleh digunakan untuk pembangunan. Daripada OKT dipenjarakan juga, bagi kes yang sesuai, kenapa tidak ditawarkan bon berkelakuan baik dengan cagaran yang tinggi bagi tempoh maksima? Wang cagaran itu boleh di gunakan sebagai modal pusingan kerajaan. Yang pasti jika pemenjaraan dijauhkan,saya percaya ramai yang sanggup plead guilty (mengaku bersalah). Tanpa proses perbicaraan, kes dapat diselesaikan dengan cepat, KPI dicapai, kos tidak tinggi ditanggung oleh kerajaan.
Plea bargain jika dibenarkan pasti akan dapat mengatasi perkara ini. Harusnya ia plea bargainplea bargain apakah ia salah untuk dilakukan? Apakah ia tidak pernah dilakukan?Apakah salah satu perbincangan antara Majistret/Hakim dengan Pendakwa serta Peguam bagi tujuan ini? Jika tidak salah, apakah jatuh kedudukan Majistret/Hakim untuk membenarkan perjumpaan bagi suatu perbincangan penyelesaiaan kes sebegini? yang telus tanpa apa-apa suapan kepada yang berkuasa hendaknya. Dalam keadaan tiada peruntukan khas untuk
Coretan ini tidak bermaksud memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang lebih arif. Sekadar suatu pandangan peribadi yang dipercayai,jika dilaksankan, secara tidak langsung mampu menambah dana dan meringankan bebanan kewangan kerajaan dalam krisis ekonomi yang masih wujud kini. Mungkin kelihatan OKT lebih di utamakan dengan hukuman yang barangkali nampak ringan (bergantung pada persepsi), tapi dengan tidak menghabiskan dana kerajaan maka ia tentu suatu keadaan yang telah meletakkan kepentingan awam dihadapan. Daripada menghabiskan dana kerajaan apakah tiada baiknya untuk sama-sama membantu penambahan dana itu dengan cara yang termampu dalam ruang lingkup undang-undang Malaysia.Malaysia, satu-satunya, tiada dua, tiada tandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan