Sekadar pandangan dan cetusan hati seorang anak kampung yang naif...

Khamis, 25 Februari 2010

Atuk Ku Kahwin Lagi..

Kali coretan lari daripada kebiasaan..sekadar ingin berkongsi detik perubahan status atuk ku..daripada duda kepada suami orang semula..Tanggal 14/02/2010 bersamaan 27 Safar 1431 selepas solat Asar di Masjid Kedai Batu Lapan Atukku mengakhiri zaman dudanya..

JANJI...

JANJI..sesuatu yang menjadi amalan rutin dan lumrah kehidupan kita. Pelbagai tujuan untuk menyebabkan sesuatu janji di buat,di lafaz dan diikrarkan. Janji secara lisan dan oral sentiasa sahaja meluncur laju daripada lidah nan tidak bertulang..janji kalau rasmi di tintakan kepada suatu bentuk bertulis dan disempurnakan prosedurnya dengan sempurna..maka wujudlah PERJANJIAN (AGREEMENT)..
Muslim paling kurang melafazkan janji yang disertai sumpah 5 kali sehari semalam.Bila? semasa membaca Doa Iftitah..antara intinya..sesungguhnya solatku,hidupku,matiku kerana Allah Tuhan Sekalian Alam..sedarkah pelafaznya akan maksud ini?atau di lafazkan sekadar bacaan tanpa pemahaman betul?jika maklum akan maksudnya..selarikah perbuatan kita dengannya? Jika tiada keselarasan akan amalan kita dengan lafaz ini maka apakah tinggi kebarangkaliannya untuk pematuhan dan perlaksanaan janji-janji lain yang dilafazkan seharian?
PEMATUHAN DAN PENYEMPURNAAN LAFAZ INI DALAM KEHIDUPAN AKAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI..
Hakikatnya jauh dan jelas berbeza..daripada pemerhatian dan pengalaman sebagai insan naif dan peguam memang tiada kelihatan penyempurnaan lafaz tersebut..penulis sendiri pun tidak terkecuali. Paling menyedihkan bila kemungkiran janji itu oleh yang beragama ISLAM..mungkin disini bezanya muslim dan mukmin...
Perjanjian rasmi yang di setem sempurna pun di nafikan lagi bila tidak selari dengan kepentingan diri..Kalau janji politik,lebih-lebih lagi semasa pilihanraya usah diletak harapan tinggi..biasanya kekecewaan melanda..mungkin tertunai pada sebahagian yang "diberi hak" bukan yang  "berhak".
Teringat akan suatu hadis yang dipelajari semasa sekolah menengah yang antara lain maksudnya..tanda-tanda orang hipokrit..bila bercakap dia bohong, bila diberi amanah dia khianati, bila berjanji dia mungkiri..
Bersediakah kita berada dalam golongan ini?Hipokrit..termanya tidaklah menakutkan..apa kata kalau termanya "MUNAFIK" sukakah kita digelar begitu?Salahkah orang menggelarkan kita sebegitu jika satu daripada tiga tanda di atas tadi wujud dalam diri kita?...
Sama-sama lah kita menjaga diri daripada terjerumus dalam golongan ini..NAU'UZUBILLAHI MIN ZALIK..
Semoga sentiasanya kita semua dalam kumpulan muslim mukmin..bukan sekadar muslim..

Khamis, 18 Februari 2010

JEM...

JEM..sesuatu yang biasa,lumrah dan rutin di bandar besar..jalan lenggang adalah suatu keajaiban bila menghuni bandaraya..namun bila ia mula menjengah ke bandar-bandar kecil,pekan dan jalan-jalan kampung..terasa satu bebanan yang amat dan seksaan yang teruk...menguji kesabaran dan kewarasan pemastautin tetap dalam menghadapinya.
Bila menjelmanya cuti perayaan,cuti sekolah atau apa-apa cuti yang membawa kerehatan panjang pada warga kota maka bandar kecil dan pekan terasa bahangnya dek kebanjiran aliran trafik anak kampung yang kembali ke lubuk menziarahi ayahbonda..dalam keadaan itu bergembiralah ayah bonda meraikan anaknda dan cucunda..namun bersedihlah pengguna lain yang tak betah dengan jem..kepandaian pemanduan yang ada mula di uji...kadang2 gagal ujian, eksiden..kadang2 kesabaran mula hilang..yang berketayap,bersongkok n berserban mula menunjukkan sikap yang tidak mencerminkan pemakaian itu..peraturan entah ke mana..yang penting dapat sampai cepat, tunjuk hebat..
JEM itu yang biasa..yang difahami..yang di maklumi semua..


Kena JEM OTAk lagi naya..nak buat apa kerja pun tak jadi. Kadang-kadang nampak ok,normal n biasa..tapi dari tindakan,percakapan dan perbuatan akan terlihat status JEM OTAK itu..atau di sebut juga "SSUMBAT" ..cukup bahaya..kalau "ssumbat" sorang diri takpe..kadang2 orang lain yang tanggung akibat..
Bila dan "ssumbat" mula tak nampak silap sendiri..semuanya nak di letakkan atas batu jemala orang lain..silap sendiri tak nak di akui..cara sama yang dilakukan dulu bila dilakukan oleh orang lain semasa 'ssumbat' itu di anggap tak kena, tak elok dan tak molek..tapi masa sendiri buat dulu takde fikir..
Apakah ia satu masalah mental?atau sekadar perlakuan melepas geram buat melegakan masalah sendiri?
Moga-moga jangan ada yang 'ssumbat' dalan JEM..nanti merana semua..
Kadang-kadang sebagai loyar pun akan 'ssumbat' juga..dahla dengan kerja yang mikir untuk selesaikan masalah orang..tup2 ada yang tak hendak berkerjasama pula..yang mudah nak di payahkan..yang boleh diselesaikan cuba nak di rumitkan..semata-mata kerana ego,agah, dan rasa pandai..kena pula yang rasa DUIT boleh membeli segalanya..cukup terseksa menghadapi client jenis ini. Ikut rasa hati nak je bagi pelempang..
Terbaru bila semasa buat Perjanjian Jualbeli diberitahu harga RM $$$..then tak jadi beli..timbul masalah nak claim balik harga jualan yang telah di bayar..masa tu pecah la penipuan bahawa harga sebenarnya adalah sekali ganda lagi..masa tu loyar jadi 'ssumbat' terasa di tipu oleh client namun di minta tolong lagi untuk selesaikan masalah itu..mula la loyar pun bercakap kasar..lebih-lebih lagi bila cadangan penyelesaian di tolak, kesilapan sendiri tak nak di akui..loyar pu orang juga,ada hati dan perasaan juga kan.."SSUMBAT" la loyar jadinya...hampeh punya client...nasib badan..

Isnin, 8 Februari 2010

MOB

MOB..istilah yang agak popular di kalangan komuniti loyar..dan hanya loyar yang memahami..dan difahami juga oleh mereka yang seangkatan dengannya..yang bergelumang dalam dunia keloyaran.. Pelbagai sebab wujud untuk meminta MOB dilakukan..kesuntukan masa untuk hadir sendiri ke court,kekurangan tenaga kerja (tak cukup loyar tapi kes ambik sokmo), court jauh dari opis, masa tu mention jah (may be tak penting bagi dia),..apa-apa je la..
Bila buat MOB berhadapan dengan Majistret yang ok tak banyak bertanya alhamdulillah..kena yang banyak tanya Masyaallah..kena la pandai2 jawab..bila dah tak terjawab..mintala tarikh baru..keadaan ni kadang2 cam nyusahkan diri sendiri plak MOB tu..
Tapi ada yag kata takpe,orang bayar..itu bagi yang bayar..yang tak bayar pun banyak..yang liat nak bayar pun berderet2..yang bayar ikut suka dia pun ada..yang minta diskaun pun wujud juga..kadang2 yang tak bayar dan payah nak bayar tu daripada firm besar,bercawangan..cam tak logik RM 50.00 per file tak mampu bayar. Amat diyakini bahawa kos perjalanan tentu di tuntut dari anakguam. kalau anakguam tak buka file (bayar dulu) takkan buat kes..tapi bila time MOB tak nak plak bayar dulu sebelum minta orang buat. Tak faham ke buat-buat tak faham? Kalau dalam keadaan ini ilmu "taksir" digunakan tentu mudah kerja. Ilmu yang simple.."nak ke aku buat MOB ni kalau orang tak bayar?" put that question to yourself first.
Lebih menyakitkan hati bila buat MOB bila just attend court for MOB, tak nak bayar, teruk lagi date minta dengan court..bukan nak call yang buat MOB..ada juga bila kita SMS date takde pun nak reply "thanks"..
Dalam banyak-banyak tu tetap ada yang mudah baso sene kiro..yang camni memang terima kasih sangat2..kadang2 cam panel MOB plak dengan mereka..
Bila dah lama buat MOB,ble buat list of blacklisted to MOB..because of no payment..peliknya tak reti malu..minta lagi..staf di gunakan untuk bagi janji2 manis..cian staf kna buat dosa untuk bos yang kedekut tahi hidung masin...