JANJI..sesuatu yang menjadi amalan rutin dan lumrah kehidupan kita. Pelbagai tujuan untuk menyebabkan sesuatu janji di buat,di lafaz dan diikrarkan. Janji secara lisan dan oral sentiasa sahaja meluncur laju daripada lidah nan tidak bertulang..janji kalau rasmi di tintakan kepada suatu bentuk bertulis dan disempurnakan prosedurnya dengan sempurna..maka wujudlah PERJANJIAN (AGREEMENT)..
Muslim paling kurang melafazkan janji yang disertai sumpah 5 kali sehari semalam.Bila? semasa membaca Doa Iftitah..antara intinya..sesungguhnya solatku,hidupku,matiku kerana Allah Tuhan Sekalian Alam..sedarkah pelafaznya akan maksud ini?atau di lafazkan sekadar bacaan tanpa pemahaman betul?jika maklum akan maksudnya..selarikah perbuatan kita dengannya? Jika tiada keselarasan akan amalan kita dengan lafaz ini maka apakah tinggi kebarangkaliannya untuk pematuhan dan perlaksanaan janji-janji lain yang dilafazkan seharian?
PEMATUHAN DAN PENYEMPURNAAN LAFAZ INI DALAM KEHIDUPAN AKAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI..
Hakikatnya jauh dan jelas berbeza..daripada pemerhatian dan pengalaman sebagai insan naif dan peguam memang tiada kelihatan penyempurnaan lafaz tersebut..penulis sendiri pun tidak terkecuali. Paling menyedihkan bila kemungkiran janji itu oleh yang beragama ISLAM..mungkin disini bezanya muslim dan mukmin...
Perjanjian rasmi yang di setem sempurna pun di nafikan lagi bila tidak selari dengan kepentingan diri..Kalau janji politik,lebih-lebih lagi semasa pilihanraya usah diletak harapan tinggi..biasanya kekecewaan melanda..mungkin tertunai pada sebahagian yang "diberi hak" bukan yang "berhak".
Teringat akan suatu hadis yang dipelajari semasa sekolah menengah yang antara lain maksudnya..tanda-tanda orang hipokrit..bila bercakap dia bohong, bila diberi amanah dia khianati, bila berjanji dia mungkiri..
Bersediakah kita berada dalam golongan ini?Hipokrit..termanya tidaklah menakutkan..apa kata kalau termanya "MUNAFIK" sukakah kita digelar begitu?Salahkah orang menggelarkan kita sebegitu jika satu daripada tiga tanda di atas tadi wujud dalam diri kita?...
Sama-sama lah kita menjaga diri daripada terjerumus dalam golongan ini..NAU'UZUBILLAHI MIN ZALIK..
Semoga sentiasanya kita semua dalam kumpulan muslim mukmin..bukan sekadar muslim..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan