Sekadar pandangan dan cetusan hati seorang anak kampung yang naif...

Khamis, 18 Februari 2010

JEM...

JEM..sesuatu yang biasa,lumrah dan rutin di bandar besar..jalan lenggang adalah suatu keajaiban bila menghuni bandaraya..namun bila ia mula menjengah ke bandar-bandar kecil,pekan dan jalan-jalan kampung..terasa satu bebanan yang amat dan seksaan yang teruk...menguji kesabaran dan kewarasan pemastautin tetap dalam menghadapinya.
Bila menjelmanya cuti perayaan,cuti sekolah atau apa-apa cuti yang membawa kerehatan panjang pada warga kota maka bandar kecil dan pekan terasa bahangnya dek kebanjiran aliran trafik anak kampung yang kembali ke lubuk menziarahi ayahbonda..dalam keadaan itu bergembiralah ayah bonda meraikan anaknda dan cucunda..namun bersedihlah pengguna lain yang tak betah dengan jem..kepandaian pemanduan yang ada mula di uji...kadang2 gagal ujian, eksiden..kadang2 kesabaran mula hilang..yang berketayap,bersongkok n berserban mula menunjukkan sikap yang tidak mencerminkan pemakaian itu..peraturan entah ke mana..yang penting dapat sampai cepat, tunjuk hebat..
JEM itu yang biasa..yang difahami..yang di maklumi semua..


Kena JEM OTAk lagi naya..nak buat apa kerja pun tak jadi. Kadang-kadang nampak ok,normal n biasa..tapi dari tindakan,percakapan dan perbuatan akan terlihat status JEM OTAK itu..atau di sebut juga "SSUMBAT" ..cukup bahaya..kalau "ssumbat" sorang diri takpe..kadang2 orang lain yang tanggung akibat..
Bila dan "ssumbat" mula tak nampak silap sendiri..semuanya nak di letakkan atas batu jemala orang lain..silap sendiri tak nak di akui..cara sama yang dilakukan dulu bila dilakukan oleh orang lain semasa 'ssumbat' itu di anggap tak kena, tak elok dan tak molek..tapi masa sendiri buat dulu takde fikir..
Apakah ia satu masalah mental?atau sekadar perlakuan melepas geram buat melegakan masalah sendiri?
Moga-moga jangan ada yang 'ssumbat' dalan JEM..nanti merana semua..
Kadang-kadang sebagai loyar pun akan 'ssumbat' juga..dahla dengan kerja yang mikir untuk selesaikan masalah orang..tup2 ada yang tak hendak berkerjasama pula..yang mudah nak di payahkan..yang boleh diselesaikan cuba nak di rumitkan..semata-mata kerana ego,agah, dan rasa pandai..kena pula yang rasa DUIT boleh membeli segalanya..cukup terseksa menghadapi client jenis ini. Ikut rasa hati nak je bagi pelempang..
Terbaru bila semasa buat Perjanjian Jualbeli diberitahu harga RM $$$..then tak jadi beli..timbul masalah nak claim balik harga jualan yang telah di bayar..masa tu pecah la penipuan bahawa harga sebenarnya adalah sekali ganda lagi..masa tu loyar jadi 'ssumbat' terasa di tipu oleh client namun di minta tolong lagi untuk selesaikan masalah itu..mula la loyar pun bercakap kasar..lebih-lebih lagi bila cadangan penyelesaian di tolak, kesilapan sendiri tak nak di akui..loyar pu orang juga,ada hati dan perasaan juga kan.."SSUMBAT" la loyar jadinya...hampeh punya client...nasib badan..

1 ulasan: